Saturday, August 9, 2008

"UBAT GEGAT"


Sekarang ni ubat gegat bukan sahaja digunakan untuk untuk menghindari lipas di dlm almari di ghumah korang je, tetapi kini ianya telah diperluaskan lagi dari segi penggunaanya iaitu sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver. Kereta sekarang ni pun dah pandai makan pil, jangan ada pulak tuan yang empunya kereta yang cuba-cuba nak bagi kereta dia pil perancang sudah la...

Memandangkan hari ini harga petrol yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak global dan faktor-faktor lain, maka bermacamlah cara dilakukan untuk penjimatan petrol yang optima. Antaranya menggunakan pil fuel saver. Nampaknya sekarang kereta pun ada pil tersendiri. Kaedah ini memang terbukti berkesan tetapi harga pil itu juga mahal dan kalau dikira tolak campur.. pi mai pi mai tang tu jugak¦ still kena keluar duit bergelen-gelen.

Ok.. sebenarnya ada satu cara istimewa yang diadaptasi daripada penggunaan pil penjimat petrol fuel saver tersebut¦ Mengikut kajian dan eksperimen oleh sekumpulan engineer syarikat automotive dan benda ni telah pon dibuktikan oleh mereka.. Iaitu kita boleh mengunakan UBAT GEGAT sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver. Ubat gegat yang dimaksudkan ialah yang berbentuk pil sebesar ibu jari tangan¦ yang kebiasaannya kita letak dalam almari atau laci untuk elakkan daripada serangga seperti lipas dan semut. Ubat gegat ini boleh didapati secara mudah dan murah dimana-mana pasar raya dan kedai runcit..


Cara-cara penggunaannya begini yang mesti diikut untuk kesan penjimatan yang optima:

1. Pergi mana-mana stesen minyak untuk mengisi petrol dan pastikan memilih jenis unleaded(tanpa plumbum) sahaja.

2. Sila buat isian sepenuh mungkin tangki minyak kereta anda.. sebabnya kita tidak mahu ada ruang udara dalam tangki minyak¦ cuba minimumkan atau kalau boleh tidak ada langsung ruang udara..

3. Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin… tujuannya nak kurangkan tidak balas dengan gas dalam udara.

4. Ok lepas itu anda boleh pandu macam biasa.. dan pastikan anda telah resetkan meter mileage anda kepada zero untuk anda melihat keajaiban hasilnya nanti.

Cara ini telah terbukti berkesan menjimatkan 25%-30% pengunaan petrol oleh kereta anda dan tidak ada kesan sampingan langsung, malahan fungsi ubat gegat tadi adalah 99% sama dengan pil fuel saver yang dijual dipasaran..bezanya cuma bentuk fuel saver yang lebih kecil. Selamat mencuba.....

Kepada sesiapa yang sukakan cabaran, dipersilakan lah untuk mencubanya sebab aku sendiri pun belum berkesempatan untuk mencubanya. Mudah-mudahan kereta anda diberkati hendakNya.

Bertudung......tetapi...saya juga " :

Artikel ini ditulis oleh naqal_giler:-

Berpakaian :
Berbaju lengan labuh tetapi ketat.( Body shape )
Berbaju labuh tetapi lengan pendek.( T-Shirt )
Berbaju ,lengan Labuh tetapi seluar panjang Fit / low waist.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi 5 suku ( paras betis )
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh
tetapi tudung befesyen kebelakang nampak leher & dada.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi baju saya XX-ray

Bersifat :
( Penyayang ) Selalu keluar kesana sini dengan
teman lelaki.(Bukan Muhrim/Mahram)
( Mengeratkan Silaturahim ) Berpegangan Erat
tangan dengan teman lelaki semasa berjalan.
( Berhati-Hati ) Memeluk teman lelaki semasa membonceng motosikal.
( Ingin Tahu ) Selalu meletakkan kepala di
atas bahu teman lelaki saya semasa menyaksikan air laut.
( Tak cemburu ) Tak kisah Suami orang ker tidak..( Tak Ori Tapi OK )

Berpengalaman :
( Pelakon ) memakai tudung semasa beraksi di
dalam VCD Berhari-Hari Di TUPAH. / JITRA 1 & 2.
( Model ) memakai tudung semasa mengayakan
aksi-aksi di luar batasan.
( Penyanyi ) memakai tudung semasa berkaraoke
bersama teman-teman lelaki.
( Penari ) memakai tudung semasa beraksi di
atas pentas untuk uji bakat Malaysian Idol.
( Safety First ) memakai tudung semasa mencari
tempat maksiat yang line clear.
( Jurusolek ) memakai tudung tetapi kening ditarahnya sehingga nipis.

* Selalunya wanita yang bertudung yang
sedemikian memang nampak baik ,sopan sebagai contoh :

( Bercakap Benar ) Ni 1st time I naik moto dengan lelaki.....
( Murah Hati ) Alahhh..I tak kisah...asalkan U jangan lebih-lebih dahlahhh...
( Pemalu ) Yang'g..kat sini orang nampak...marilah duduk disanaaa.....
( Bertangungjawab ) Alahhh...yangg..berani
kita berduer buat berani ler kiter tanggung....
( Prihatin ) Yangg....dah 2 minggu lebih I tak datang bulan purnama.


* Zaman Sekarang ini Tudung kepada
wanita-wanita sedemikian seolah-olah adalah
fesyen,trend ataupun adat.(di Negara Arab ,wanita
bukan Islam juga bertudung & berpudrah.)

* Janganlah kita menilai wanita yang tak
bertudung dengan satu nilaian yang buruk..tetapi
kita dorongilah mereka & berilah galakan yang
sewajarnya kerana ia adalah kewajipan sebagai
seorang Muslimin.

* Kepada wanita/remaja/perempuan yang
bertudung seperti yang digambarkan di atas
janganlah kalian mencemarkan nama baik Islam
,Janganlah besembunyi disebalik tudung anda.